FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Assalammualaikum,

Anda berada di Forum ini tanpa "login".

Sila Login untuk berkongsi dan berforum bersama dengan "ketik" pada perkataan "Log In" atau "ketik" "Register" untuk mendaftar sebagai Ahli Forum Penduduk Taman Indah KLIA.

Kehadiran Anda amat diperlukan untuk memeriahkan forum kami.

Terima kasih.
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Assalammualaikum,

Anda berada di Forum ini tanpa "login".

Sila Login untuk berkongsi dan berforum bersama dengan "ketik" pada perkataan "Log In" atau "ketik" "Register" untuk mendaftar sebagai Ahli Forum Penduduk Taman Indah KLIA.

Kehadiran Anda amat diperlukan untuk memeriahkan forum kami.

Terima kasih.
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA

Forum ini terbuka kepada semua penduduk Taman Indah KLIA (TIKLIA) tidak kira penduduk tetap, penyewa atau pendatang asing.. Terbuka kepada semua penduduk dewasa, lelaki, perempuan, anak² dan semua..
 
HomeTIKLIA PORTALGallerySearchRegisterLog in

PERHATIAN!!

Solat Sunat Tarawih akan di adakan di Surau Al-Mussawir yang beralamat di No 18, Lorong Indah KLIA 2A Bermula pada 31 Julai 2011.

Harap Maklum........

Hebahan!!

WiFi TIKLIA (013 333 3890) telah boleh di'access' oleh sesiapa yang dapat Signalnya. Terima Kasih.


 

 Perkembangan Kandungan Ibu..

Go down 
AuthorMessage
Admin

Admin

Posts : 14
Join date : 22/07/2011
Location : Taman Indah KLIA

Perkembangan Kandungan Ibu.. Empty
PostSubject: Perkembangan Kandungan Ibu..   Perkembangan Kandungan Ibu.. Icon_minitimeTue Aug 09, 2011 4:30 am

Thursday, February 24, 2005 (Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)

Setiap pasangan suami isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya.

Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan ´zygote´ atau zigot.

(bersambung...)
Back to top Go down
https://tiklia.forumms.net
Admin

Admin

Posts : 14
Join date : 22/07/2011
Location : Taman Indah KLIA

Perkembangan Kandungan Ibu.. Empty
PostSubject: Re: Perkembangan Kandungan Ibu..   Perkembangan Kandungan Ibu.. Icon_minitimeTue Aug 09, 2011 5:10 am

Maaf.. Okey.. Kita Sambung balik... Sambungannya..

Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistemsistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini menggambarkan kekuasaan Allah s.w.t.

Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun, peluang untuk mendapat bayi normal, jika tidak ada bayi-bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka yang mempunyai adik-beradik atau saudara-mara berdekatan yang cacat, mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca-punca genetik ataupun puncapunca lain yang jarang akan berulang.

(Bersambung..)
Back to top Go down
https://tiklia.forumms.net
 
Perkembangan Kandungan Ibu..
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA :: Pengumuman & Makluman :: Pedoman dan Pengalaman-
Jump to: