FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Assalammualaikum,

Anda berada di Forum ini tanpa "login".

Sila Login untuk berkongsi dan berforum bersama dengan "ketik" pada perkataan "Log In" atau "ketik" "Register" untuk mendaftar sebagai Ahli Forum Penduduk Taman Indah KLIA.

Kehadiran Anda amat diperlukan untuk memeriahkan forum kami.

Terima kasih.
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Assalammualaikum,

Anda berada di Forum ini tanpa "login".

Sila Login untuk berkongsi dan berforum bersama dengan "ketik" pada perkataan "Log In" atau "ketik" "Register" untuk mendaftar sebagai Ahli Forum Penduduk Taman Indah KLIA.

Kehadiran Anda amat diperlukan untuk memeriahkan forum kami.

Terima kasih.
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA

Forum ini terbuka kepada semua penduduk Taman Indah KLIA (TIKLIA) tidak kira penduduk tetap, penyewa atau pendatang asing.. Terbuka kepada semua penduduk dewasa, lelaki, perempuan, anak² dan semua..
 
HomeTIKLIA PORTALGallerySearchLatest imagesRegisterLog in

PERHATIAN!!

Solat Sunat Tarawih akan di adakan di Surau Al-Mussawir yang beralamat di No 18, Lorong Indah KLIA 2A Bermula pada 31 Julai 2011.

Harap Maklum........

Hebahan!!

WiFi TIKLIA (013 333 3890) telah boleh di'access' oleh sesiapa yang dapat Signalnya. Terima Kasih.


 

 Duduk Antara 2 Sujud... ???? Apehal?

Go down 
AuthorMessage
No2_Lrg2A

No2_Lrg2A


Posts : 3
Join date : 22/07/2011

Duduk Antara 2 Sujud... ???? Apehal? Empty
PostSubject: Duduk Antara 2 Sujud... ???? Apehal?   Duduk Antara 2 Sujud... ???? Apehal? Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 5:36 am

Salaam..
MasyaAllah.. Selama ini kita telah dilekakan kerana Agama Ikut-Ikutan..

Dalam tidak sedar. Sebenarnya, Hari-hari kita menunaikan solat.. Fardu dan sunat.. Tetapi, adakah kita mengetahui apa maksud bacaan² di dalam solat kita? kadang kala, kita siap boleh "Bypass" lagi bacaan² dalam solat yang di anggap 'sunat' ini kerana inginkan mengejar masa...

Sebenarnya, setiap hari kita telah memohon doa didalam solat kita..tetapi
sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi
tidak pernah tersentuh dari hati kita selama ini..

Baiklah... Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara
dua sujud
semasa solat ini..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Siapa yang telah sedar?, Alhamdulillah.. sedar atau tidak, Tok Imam pun kadangkala "laju" ketika berdoa semasa duduk antara dua sujud ini..
Saya cuba permudahkan maksud saya ini..

Cuba anda bayangkan, Anak anda ingin meminta maaf dengan anda.. ermm.. Ketika saya kecil dulu, Saya telah dididik... Ketika hendak ke sekolah atau sebagainya.. Saya akan bersalam dengan ibu bapanya dan meminta maaf dahulu sebelum keluar rumah/ turun kereta dsb..

Cuba anda bayangkan, anak anda pula meminta maaf pada anda dengan tergesa-gesa (mengejar masa) sebab dah lewat nak ke sekolah.. adakah anda sempat memafkannya??? hehee.. (saya tak bermaksud Allah s.w.t. itu menyeruai sifat manusia yer.. Harap jangan salah faham pulak yer...)

Begitu juga dengan sambungan doa ini.. Warhamni (sayangi aku)

Cuba diam sejenak.. jika tidak boleh "merasa"kan kehadiran Allah s.w.t,,,, cukuplah sekadar "bayang"kan.. Bayangkan diri kita menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..

Bukalah perasaan kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa puas dengan perasaan/ bayangan tersebut.. Lakukan secara berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana di atas tadi,..

Dan ketika penyampaian bacaan doa-doa seterusnya...

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Subhanallah.. Doa ini tersangat-sangat sempurna untuk tujuan bermohon kepada Allah s.w.t..
Hayatilah, betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya abaikan begitu sahaja akibat dari kegopohan kita mengejar masa.. Atau diabaikan kerana terlalu kerap bersolat??
Rupanya, dalam tidak kita sedar selama ini, kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. sedangkan hati kita sendiri tidak menghayati apa permintaan kita yang sebenar..

Sempena Bulan yang sentiasa baik ini, akan membawa perubahan kepada diri kita yang sentiasa memerlukan kehidupan bahagia, harmoni, berjiran dan bermasyarakat.. (bermasyarakat dah berjiran untuk tegur menegur dan ingat memperingati tentang semua perkara)

Jika ada sebarang komen dan sokongan, silalah reply... sunny
Back to top Go down
 
Duduk Antara 2 Sujud... ???? Apehal?
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
FORUM PENDUDUK TAMAN INDAH KLIA :: Pengumuman & Makluman :: Pesanan Dan Nasihat (Tazkirah)-
Jump to: